ALOR SETAR – Mayat pemandu jengkaut yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang berjaya ditemui tengah hari tadi.
Mangsa, Mohammad Nasir Awang Ali, 40, ditemui pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 12.38 tengahari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain yang mengetahui operasi itu berkata, menurut saksi kejadian, mangsa sempat melompat keluar tetapi gagal menyelamatkan diri ke kawasan selamat.
“Saksi menganggarkan kedalaman mangsa tertimbus adalah lebih tiga meter dan mangsa kemudian ditemui jam 12.38 tengahari.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.