BANGI – Seramai 111 bakal jemaah haji yang kerugian kira-kira RM3 juta akibat terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini akan membuat tuntutan sivil terhadap agensi pelancongan berkaitan.
Peguam Muhammad Nazrin Mohd Seth dari Toriq Seth & Partners Advocate & Solicitor berkata tuntutan akan dibuat di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
“Kami diarahkan oleh anak guam untuk menuntut kembali wang diserahkan kepada agensi terbabit atau ejen-ejen selepas tawaran dikemukakan gagal disempurnakan.
“Ini termasuk ganti rugi lain membabitkan emosi, teladan dan perbelanjaan lain,” katanya pada sidang media di pejabat peguam berkenaan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, mangsa yang ditipu mengalami trauma dan malu untuk berdepan dengan jiran serta keluarga.
Mohd Hanif Mohd Salleh, 57, berkata, apabila perjalanan ke Tanah Suci tidak dapat disempurnakan, ia banyak mendatangkan kesan buruk kepada mangsa termasuk gangguan emosi
Katanya, pihaknya juga terkilan kerana mereka tidak mendapat semula wang yang diserahkan kepada agensi pelancongan berkenaan.