SHAH ALAM – Pasukan Forensik Bukit Aman melakukan pemeriksaan di rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, mengesahkan kehadiran pasukan forensik itu.
“Kira-kira jam 10 pagi tadi pihak Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Orang Hilang (OH) itu.
“Ia bagi mencari jika ada terdapat bukti-bukti baharu.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan tiada apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular satu mesej yang diulang kongsi di aplikasi WhatsApp mengenai kehadiran pasukan polis itu.
Polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak 29 November tahun lalu.