Mangsa banjir meningkat di Johor

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 245 orang daripada 72 keluarga, setakat jam 10 malam tadi.

Sebelum ini, jumlah mangsa hanya 75 orang daripada 34 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah dengan sebuah PPS terbaru dibuka di Kulai membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, dengan menempatkan 150 mangsa banjir daripada 38 keluarga, yang dibuka jam 6.30 petang semalam.

Dua lagi PPS dibuka di Kluang membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam membabitkan 32 mangsa daripada 15 keluarga dan SK Sungai Linau membabitkan 11 mangsa daripada tiga keluarga.

Sebuah lagi PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya membabitkan 52 mangsa daripada 16 keluarga.

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kejadian banjir kilat melanda beberapa daerah berikutan hujan lebat melebihi dua jam.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles