Pengadil Itali kendali aksi Argentina-Croatia

PENGADIL Itali, Daniele Orsato dan pegawai VAR, Massimiliano Irrati ditugaskan bagi perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Croatia, awal pagi Rabu ini.

Orsato muncul salah seorang calon utama untuk mengadili aksi final.

Sebelum ini dia mengendalikan perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador, kemudian ketika kemenangan 2-0 Argentina ke atas Mexico pada peringkat kumpulan di Qatar.

Beliau direhatkan bagi keseluruhan aksi pusingan 16 dan suku akhir, tetapi kembali untuk separuh akhir.

Ramai pemain yang tidak asing lagi buat pengadil Serie A itu, kerana kedua-dua pasukan itu menampilkan antaranya Lautaro Martinez, Marcelo Brozovic, Angel Di Maria, Ivan Perisic, Leandro Paredes, Nikola Vlasic dan Paulo Dybala.

Orsato hanya pernah mengadili Argentina ketika kemenangan 2-0 ke atas Mexico pada kejohanan kali ini, manakala rekodnya bersama Croatia adalah dua kemenangan dan kekalahan 1-0 kepada England pada Euro 2020.

Tekanan semakin meningkat dalam kalangan pengadil, terutamanya selepas Portugal dan Belanda menuduh pengadil pada Piala Dunia 2022 di Qatar banyak memihak kepada Argentina.

Beberapa pegawai perlawanan dikritik kerana prestasi mereka, tidak terkecuali pada suku akhir. – AGENSI

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles