Kabus tebal akibatkan 200 kenderaan bertembung di China

BEIJING – Lebih 200 kenderaan terbabit dalam kemalangan di atas sebuah jambatan di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, China, semalam dipercayai akibat kabus tebal.

Perkhidmatan meteorologi memaklumkan jarak penglihatan di banyak kawasan di wilayah itu kurang 500 meter (m) pada pagi semalam dan turun kepada 200m pada masa-masa tertentu.

Menerusi gambar dan video yang tersebar di media sosial, kelihatan kereta dan lori remuk serta saling bertindih antara satu sama lain di atas Jambatan Zhengxin Huanghe.

Satu kereta pula kelihatan terhimpit di tengah-tengah longgokan kenderaan berkenaan, berdasarkan rakaman CCTV.

Seorang mangsa kedengaran berkata, “kejadian ini sangat menakutkan. Ramai orang terbabit, (dan) saya tidak fikir kami dapat keluar dari jambatan ini.”

Menurut media tempatan, jabatan bomba menghantar 11 jentera dengan kekuatan 66 anggota untuk membantu ramai mangsa cedera yang terperangkap dalam kenderaan mereka.

Penyelamat yang dilapor media berkata, lebih 200 kenderaan menghentam satu sama lain, manakala CCTV melaporkan banyak kenderaan yang kemalangan di kedua-dua arah jambatan utama itu, yang menyeberangi Yellow River. – AFP

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles