32 wanita Arab Saudi jadi pemandu kereta api ekspres Haramain

JEDDAH – Seramai 32 wanita Arab Saudi menjadi kumpulan pertama pemandu kereta api ekspres Haramain, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kumpulan wanita terbabit menerima kelayakan tersebut daripada Syarikat Kereta Api Arab Saudi sekali gus dapat bekerja dalam bidang berkenaan.

Salah seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Al-Zahrani, berkata: “Sejak pihak politeknik mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus mohon dan saya menjalani temuduga serta ujian, dan saya kemudian diterima sebagai salah seorang daripada kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.”

Pelajar yang layak dilatih dari segi teori dan praktikal mengenai sistem keselamatan dan menjalani latihan memandu kereta api.

Beliau berkata, Wawasan 2030 membantunya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara, sambil berkata “Pelajar yang layak dilatih dari segi teori dan praktikal mengenai sistem keselamatan dan menjalani latihan memandu kereta api.”

Sementara itu, Rotella Yasser Najjar, pula berkata latihan kepimpinan juga memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasa diri untuk bekerja di beberapa lokasi di seluruh negara itu, termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah Haji dan Umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram. – Agensi

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles