Wanita muda bergelar jutawan hasil kerja cuci premis

LONDON – Seorang wanita muda menjadi jutawan selepas menawarkan khidmat membersihkan kediaman, lapor portal berita MailOnline.

Lebih menarik Jennifer Hernandez, 23, memulakan perniagaan ketika hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga.

Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu.

Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344).

Dia dibantu 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari.

“Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.

Kejayaannya itu dikongsi kepada orang ramai dalam akaun TikTik @tropicalcleanings.   

Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang. – Agensi

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles