23 juta orang bakal terjejas gempa bumi di Turkiye, Syria – WHO

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengeluarkan amaran bahawa 23 juta orang mungkin terjejas akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Peta gambaran keseluruhan menunjukkan potensi 23 juta orang terdedah, termasuk sekitar lima juta populasi rentan,” kata Pegawai Kecemasan Kanan WHO, Adelheid Marschang kepada jawatankuasa eksekutif agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria berdepan sejuk beku, gegaran susulan dan bangunan runtuh dalam usaha mengeluarkan mangsa terselamat yang tertimbus akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 5,000 orang.

“Ketika ini adalah perlumbaan dengan masa,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menjelaskan bahawa agensi kesihatan PBB itu sedang menghantar bantuan segera ke kawasan terjejas.

“Kami menggerakkan bekalan kecemasan dan kami telah mengaktifkan rangkaian pasukan perubatan kecemasan WHO untuk menyediakan penjagaan kesihatan penting bagi mereka yang cedera dan paling terdedah.”

Agensi bencana berkata ribuan bangunan ‘diratakan’ di bandar merentasi wilayah sempadan Turkiye-Syria yang luas — menambahkan lagi kesengsaraan di kawasan yang sudah dilanda perang, pemberontakan, krisis pelarian dan wabak taun baru-baru ini.

Sepanjang malam, mangsa yang terselamat menggunakan tangan kosong mereka untuk mengorek runtuhan blok apartmen, cuba menyelamatkan keluarga, rakan dan sesiapa sahaja yang berada di dalam apabila gempa bumi 7.8 magnitud pertama melanda awal Isnin. – AFP

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles