fbpx

Awasi peningkatan kluster pendidikan

6 DIS: Peningkatan semula kluster institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan akibat ketidakpatuhan individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata data yang diperoleh pihaknya mendapati terdapat pertambahan 16 kluster baharu membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

“Walaupun kebanyakan populasi remaja dan dewasa kini sudah lengkap vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi.

NOOR HISHAM

“Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan masih lagi penting bagi mencegah jangkitan COVID-19. Elakkan tempat yang sesak kerana penjarakan fizikal juga perlu dijaga.

“Perkukuhkan tindakan kesihatan kendiri dengan mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) bagi mendidik diri kita menjadi individu yang bertanggungjawab dan melindungi orang-orang di sekeliling kita daripada risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Pendidikan (KPM) turut mempunyai SOP yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh guru, petugas, pelajar dan pekerja sokongan.

“Pematuhan SOP oleh setiap individu ini adalah amat penting untuk memastikan tidak berlaku jangkitan COVID-19 dan penularan jangkitan di sekolah serta selanjutnya boleh menyebabkan berlaku dalam keluarga dan komuniti.

“Pematuhan ini bukan sahaja penting pada waktu pembelajaran di dalam kelas dan ketika di dalam sekolah, malah penting juga ketika waktu rehat, waktu menjalankan aktiviti fizikal seperti bersukan, waktu masuk dan pulang dari sekolah, di dalam van dan bas sekolah, serta semasa menjalankan aktiviti harian di dalam komuniti.

“Jangkitan dan penularan boleh berlaku di mana-mana, maka semua pihak perlu peka dan tidak lalai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga 4 Disember lalu, terdapat 5,969 kluster sudah dilaporkan dengan 227 masih lagi aktif iaitu penurunan sebanyak 3 peratus berbanding Minggu Epidemik (ME) ke-47.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles