fbpx

Jutawan Jepun bakal melancong ke angkasa lepas

16 DIS: Russia kembali aktif dalam pelancongan angkasa lepas dengan menghantar jutawan Jepun, Yusaku Maezawa, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Rabu ini.

Selepas sedekad menghilangkan diri dalam perniagaan ini, Russia menghantar Maezawa, 46, antara individu terkaya di Jepun bersama pembantunya, Yozo Hirano. Mereka akan berlepas dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan

Pagi semalam, wartawan AFP melihat kapal angkasa Soyuz dengan bendera Jepun dan logo ‘MZ’ yang mewakili nama Maezawa, dibawa ke pelantar pelancar dalam keadaan cuaca basah.

Misi itu bakal menamatkan pemberhentian sementara program pelancongan angkasa Russia yang tidak menerima pelancong lain selepas pengasas bersama syarikat Cirque du Soleil, Guy Laliberte dari Kanada pada 2009.

Bagaimanapun untuk kali pertama dalam sejarah, agensi angkasa Russia, Roscosmos menghantar pelakon, Yulia Peresild, bersama pengarah, Klim Shipenko, ke ISS pada Oktober lalu bagi merakamkan babak filem pertama di orbit, dalam usaha untuk mengatasi projek pesaing di Hollywood.

Kapal angkasa Soyuz dilengkapi tiga tempat duduk itu akan dikemudikan oleh angkasawan Russia, Alexander Misurkin, 44, yang berpengalaman terbabit dua misi ke ISS sebelum ini.

Maezawa dan Hirano dijadualkan berada di ISS selama 12 hari, di mana mereka merancang untuk mendokumenkan pengembaraan itu bagi saluran YouTube Maezawa yang memiliki 750,000 pengikut.

Menurut Forbes, taikun berkenaan adalah pengasas pusat beli-belah fesyen dalam talian yang terbesar di Jepun, selain ke-30 terkaya di negara itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles