Gmie Screen telah tiada

10 DIS: Penyanyi popular era 90-an, Gmie Screen menghambuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Vokalis kumpulan Screen itu yang nama sebenarnya Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Anak allahyarham, Siti Hadirah memaklumkan pemergian allahyarham di Instagramnya hari ini.

Astro Awani melaporkan, Siti Hadirah memberitahu, beberapa hari sebelum itu, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Jenazah disolatkan di Masjid Jamiatul Islamiah, Kampung Medan, Petaling Jaya, pagi ini, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles