fbpx

Pindah ular sawa 250kg guna jentolak

9 DIS: Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa menggunakan jentolak untuk memindahkan ular sawa seberat 250 kilogram (kg) yang ditemui di kawasan tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang, petang semalam.

Selain ular sepanjang 5.79 meter yang ditemui kira-kira jam 1.55 tengah hari itu turut ditemui seekor lagi ular pada jam 3.15 petang.

Pegawai APM daerah Marang, Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab, berkata kedua-dua reptilia itu ditemui pekerja binaan ketika menggali tanah menggunakan jentolak di kawasan pembinaan itu.

“Anggota APM yang menerima panggilkan jam 2 petang mengambil masa 25 minit untuk menangkap dan memindahkan ular ini ke dalam lori menggunakan jentolak dengan bantuan orang awam.

“Kita terima panggilan kedua daripada individu sama jam 3.23 petang memberitahu satu lagi ular sawa batik ditemui di kawasan sama.

“Ular kedua yang ditangkap lebih kecil, berbanding ular pertama dan kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular seberat 100 kg sepanjang 4.27 meter itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mujahid berkata, kedua-dua ular berkenaan akan diserahkan kepada Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman untuk tindakan lanjut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles