fbpx

PGB lulus projek stesen pemampat gas di Kluang

8 DIS: Petronas Gas Bhd (PGB) meluluskan ‘keputusan pelaburan akhir’ (FID) membabitkan pembinaan projek stesen pemampat gas baharu di Kluang, Johor dengan kos pelaburan RM460 juta.

Syarikat itu akan membina dan memasang stesen yang bertujuan meningkatkan kapasiti gas Peninsular Gas Utilization (PGU) II, khususnya di wilayah selatan, sebagai sebahagian daripada perniagaan pengangkutan gas PGB.

“Kapasiti gas tambahan yang terhasil daripada projek ini akan merangsang pertumbuhan permintaan gas daripada pelbagai industri di wilayah selatan dan menyediakan jaminan bekalan kepada pengguna gas yang sedia ada di rantau ini,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Projek ini selesai dan ditauliahkan pada suku pertama 2024.

“PGB akan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam daripada RHB Islamic Bank Bhd untuk membiayai kos projek,” kata syarikat itu sambil menambah, tiada kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles