fbpx

Akta Pergigian baharu dilaksana 1 Januari

10 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Pergigian 2018 (Akta 804) mulai 1 Januari depan bagi menggantikan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) yang diguna pakai sejak 50 tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata akta berkenaan adalah bagi mengawal selia amalan dalam bidang pergigian.

“Akta 804 memperuntukkan penubuhan Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia, pendaftaran doktor pergigian dan juruterapi pergigian, pengawalseliaan amalan pergigian dan perkara berkaitan.

KHAIRY

“Ia juga mengandungi sembilan Bahagian dan 104 seksyen mensyaratkan hanya pengamal yang berkelayakan, berwibawa dan profesional akan didaftarkan dan layak untuk memberi perkhidmatan pergigian.

“Dengan ini, kualiti perkhidmatan pergigian dan keselamatan pesakit adalah terjamin, serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan pergigian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy berkata, selaras perkembangan amalan dan teknologi dalam bidang pergigian, suatu akta baharu yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan peruntukan yang merangkumi semua aspek amalan pergigian terkini diperlukan.

Antara peruntukan baharu dalam Akta Pergigian 2018 adalah Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi tujuan pendaftaran sebagai doktor pergigian, pendaftaran pakar pergigian dan juruterapi pergigian, keperluan pengumpulan mata Pembangunan Profesional Berterusan dan Perlindungan Tanggung Rugi Profesional bagi permohonan perakuan pengamalan dan penguatkuasaan dalam amalan pergigian.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles