fbpx

Malaysia ‘juara’ gemuk ASEAN?

PETALING JAYA – Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ dengan kadar obesiti yang paling tinggi berbanding sembilan negara lain.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman Instagram, Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dengan 15.6 peratus bagi nilai peratusan obesiti dalam kalangan penduduk.

“Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar obesiti dalam kalangan penduduk berbanding dengan negara ASEAN yang lain.

“Pada pandangan anda, kenapa ramai penduduk di Malaysia memiliki berat yang berlebihan,” katanya yang dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen terhadap pertanyaan yang berkenaan.

“Sebab penduduk negara lain tak sarapan menu nasi lemak macam penduduk di Malaysia,” kata @mohd_alifff.

“Rakyat Malaysia kurang bersukan dan suka mencuba pelbagai masakan, punca berat naik,” kata @deeahmad.

Nasi lemak merupakan makanan signatur masyarakat negara ini dan ia boleh dimakan tidak kira masa walaupun kebiasaannya diambil pada waktu pagi. -Gambar hiasan

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles