fbpx

Kes buli: 6 pelajar MRSM digantung sekolah

11 DIS: Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terbabit kes buli digantung sekolah serta-merta selama dua minggu selain berdepan tindakan buang sekolah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah mengenal pasti 10 pelajar yang terlibat dan turut mencadangkan agar ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian telah didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 3,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap hari ini.

Pihak MARA tegas Mahdzir, mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.

Pihak MARA jelas beliau, mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

“Malang bagi Maktab Rendah Sains MARA yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jatidiri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM,

“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles