fbpx

KKM kesan 11 lagi kes Omicron

18 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kes COVID-19 varian membimbangkan (VOC) Omicron yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masing-masing tiga kes dari United Kingdom dan Amerika, masing-masing dua kes dari Nigeria dan Arab Saudi serta satu kes dari Australia.

“Kes yang dikesan itu membabitkan sembilan warganegara Malaysia dan dua warganegara Nigeria.

“Lapan daripda mereka mempunyai gejala iaitu dalam Kategori Dua manakala tiga lagi kes tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua kes yang dikesan mempunyai varian berkenaan adalah daripada jumlah keseluruhan 18 kes yang disyaki dijangkiti Omicron seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Dengan pertambahan kes itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hingga kini negara sudah merekodkan sejumlah 13 kes yang dijangkiti Omicron.

Dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia, KKM mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan dalam komuniti.

Mengulas lanjut mengenai kes Omicron yang dikesan, Dr Noor Hisham berkata kini lima kes sudah menjalani kuarantin di rumah manakala enam lagi kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin.

“Semua kes ini dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat. Tujuh lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan.

“Ini disebabkan tahap ‘viral load’ yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Semua tujuh sampel ini didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu sampel mempunyai CT value 28.47,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles