fbpx

PNUB tawar moratorium selama 6 bulan

31 DIS: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir bermula esok.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, inisiatif itu dilaksanakan untuk membantu semua rakan usahawan yang terjejas dan bantuan diharap dapat mengurangkan beban kewangan ditanggung usahawan berdepan dengan tempoh sukar ini.

“Sehingga kini, sebanyak 53 syarikat rakan usahawan PUNB di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan terjejas akibat banjir dengan kerugian dianggarkan hampir RM10.5 juta.

“Justeru, rakan usahawan PUNB yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan komitmen pembayaran pembiayaan boleh memohon moratorium tertakluk kepada syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rakan usahawan yang layak boleh menghubungi Pegawai Pemantau yang telah ditugaskan menyelia akaun melalui telefon atau emel.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300-13-7862 atau e-mel ke customerservice@punb.com.my.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles