fbpx

Hanya 2.3% capai keseluruhan populasi dewasa lengkap vaksinasi

7 JAN: Hanya 2.3 peratus lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW setakat jam 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap imunisasi berkenaan.

Setakat semalam juga, 23,162,767 individu (98.9 peratus) dewasa sudah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu (87.8 peratus) telah lengkap vaksinasi, manakala 2,854,126 (90.7 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, sejumlah 252,817 dos vaksin disuntik membabitkan 2,898 dos pertama, dos lengkap (4,549) dan dos penggalak (245,370), semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos, termasuk 7,356,445 dos penggalak. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles