fbpx

Denda jika orang dewasa enggan divaksin

12 JAN: Perdana Menteri Quebec, Francois Legault mengumumkan akan mengenakan denda terhadap penduduk dewasa yang enggan mengambil vaksin COVID-19.

Beliau berkata, tindakan itu berikutan mereka yang tidak mendapatkan vaksinasi boleh menyebabkan sistem penjagaan kesihatan lumpuh dan tidak semua penduduk Quebec perlu menanggung perkara itu.

“Levi hanya akan dikenakan kepada mereka yang tidak layak mendapat pengecualian perubatan.

“Jumlah penalti (denda) belum diputuskan, tetapi ia akan menjadi ‘penting’. Butiran lanjut akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ini adalah kali pertama kerajaan di Kanada mengumumkan penalti kewangan untuk individu yang enggan divaksinasi akibat penularan wabak berkenaan.

Kira-kira 10 peratus individu dewasa di Quebec tidak divaksinasi, tetapi mereka mewakili kira-kira 50 peratus pesakit mendapatkan rawatan rapi.

“Mereka yang enggan mendapatkan dos pertama dalam beberapa minggu akan datang perlu membayar sumbangan kesihatan baharu.

“Ini soal keadilan bagi 90 peratus penduduk yang sudah melakukan beberapa ‘pengorbanan’, Kami berhutang kepada mereka,” kata Legault.

Di Greece, individu berusia 60 tahun ke atas mempunyai tempoh sehingga Ahad untuk mendapatkan vaksinasi pertama atau dikenakan denda AS$113 bagi setiap bulan mereka masih tidak divaksinasi.

Menteri Kesihatan Austria turut mengumumkan bulan lalu, kerajaan negara itu merancang mengenakan denda sehingga 3,600 Euro (RM17,000) ke atas individu yang enggan divaksin. – AP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles