fbpx

Lebih 10,000 ayam ternakan mati terbakar

12 JAN:  Lebih 10,000 ayam mati dalam kebakaran di ladang ternakan ayam Zhang Agriculture Development Sdn Bhd di Jalan Bau-Kuching, Bau, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran ladang ternak itu pada jam 3.40 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati api sudah merebak di keseluruhan struktur reban berukuran 7.5 x 30 meter persegi itu.

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di ladang ternakanan ayam di Bau, awal pagi tadi.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.30 pagi dan operasi tamat pada jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau terbabit dalam memadam kebakaran tersebut.

Henderi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Menurutnya berdasarkan maklumat pengusaha ladang ternakan itu, dianggarkan lebih 10,000 ayam mati terbakar dalam kejadian itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles