fbpx

Deman babi Afrika menular di Indonesia

13 JAN: Kes demam babi Afrika (ASF) dilaporkan merebak di beberapa bandar di Indonesia.

yang ditemui di Thailand baru-baru ini, turut dilaporkan merebak di beberapa kawasan di Indonesia.

Menurut laman sesawang rasmi Kementerian Pertanian Indonesia, sebelum ini kes ASF yang ditemui di Thailand baru-baru ini dikesan di beberapa kota di Sumatera Utara.

Menurut laporan Kompas.com, antara bandar yang terbabit ialah Dairi, Deli Serdang, Karo, Tebing Tinggi, Permatang, Tapanuli Selatan, Langkat dan Pematang Siantar.

Portal USDA melaporkan, demam ASF sebenarnya bukanlah ancaman bagi kesihatan manusia dan tidak dapat disebarkan dari babi kepada manusia.

Bagaimanapun, kementerian mengklasifikasikan demam babi Afrika sebagai penyakit pada babi yang sangat menular dan boleh menyebabkan kematian pada babi hingga 100 peratus serta mengakibatkan kerugian ekonomi yang sangat besar.

Pihak berkuasa Thailand mengesan kes demam babi Afrika, dalam satu sampel calitan dari sebuah rumah penyembelihan di wilayah Nakhon Pathom pada 10 Januari lalu, sekali gus menjadi kes rasmi pertama di negara itu.

Pengesahan itu dibuat selepas pihak berkuasa Thailand sejak bertahun-tahun menafikan kewujudan wabak tempatan, bagi penyakit maut yang melanda Eropah dan Asia sejak beberapa tahun lalu dan membunuh ratusan juta babi. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles