fbpx

Keputusan tawaran ke tingkatan 6 diumum 7 Julai

2 JULAI: Keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 melalui kaedah secara dalam talian.

“Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian tingkatan enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan sama memaklumkan, murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke tingkatan enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Menurutnya, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles