fbpx

Wanita guna seluar dalam tutup plat motosikal elak disaman

1 JULAI: Seorang wanita sanggup menutup nombor plat motosikalnya menggunakan seluar dalam berwarna merah jambu bagi mengelak pemantauan kamera Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (e-TLE).

Klip video itu tular di media sosial Indonesia selepas dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos, lapor laman berita Suara.com.

“Untuk mengelak kamera e-TLE, wanita di Lamongan ini menutup nombor plat motosikal dengan seluar dalam,” menurut kapsyen pada video berkenaan.

Klip video itu memaparkan seorang wanita berbaju biru sedang menunggang motosikal di sebatang jalan dari arah belakang.

Kelihatan sehelai seluar dalam wanita berwarna merah jambu diletakkan untuk menutup nombor plat motosikal tersebut.

Perakam klip video itu kedengaran tidak dapat menahan ketawa melihat aksi wanita tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di kawasan Pasar Miru, daerah Lamongan, Jawa Timur. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Makcik-makcik memang tidak boleh dilawan,” kata seorang netizen.

“Tidak ada kain lain ke makcik?” komen netizen lain. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles