fbpx

Lapangan Terbang Lisbon kecoh, 65 penerbangan dibatalkan

3 JULAI: Sejumlah 65 penerbangan dibatalkan semalam di Lapangan Terbang Lisbon, menyebabkan ribuan penumpang terkandas tanpa penginapan dan penyelesaian alternatif.

Menurut syarikat penerbangan TAP, pembatalan itu disebabkan oleh tayar sebuah jet peribadi pecah hingga memaksa penutupan landasan lapangan terbang.

Sebaliknya, pengawal udara ANA (Aeroportos de Portugal), mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan masalah yang lebih luas iaitu kekangan di beberapa lapangan terbang Eropah.

“Disebabkan kekangan di beberapa lapangan terbang Eropah, sejumlah 65 penerbangan dibatalkan untuk hari ini iaitu 40 ketibaan dan 25 pelepasan,” kata ANA dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, Lapangan Terbang Lisbon melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong syarikat penerbangan iaitu pemasangan kaunter mudah alih tambahan untuk menjadualkan semula penerbangan.

“Kami menasihatkan penumpang dengan penerbangan berjadual untuk menghubungi syarikat penerbangan terbabit,” kata ANA.

Sebelum itu, dilaporkan berlaku mogok oleh pekerja terminal dan syarikat penerbangan hingga menyebabkan berlaku kelewatan dan pembatalan lain direkodkan di lapangan terbang di Eropah. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles