fbpx

Seorang maut, 6 cedera nahas treler dan lori

3 JULAI: Seorang warga emas maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan lori di Kilometer 408.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Tanjung Malim-Lembah Beringin, di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 1.10 pagi itu, Tan Kim Thian, 60, yang memandu lori terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat penumpang warga Pakistan dalam kenderaan itu pula parah.

Dua lagi mangsa warga tempatan yang menaiki treler mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.12 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa serta Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan beras dan lori 10 tan membawa papan tanda.

“Akibat perlanggaran itu, seorang lelaki tersepit di dalam lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia.

“Selain itu, dua mangsa tersepit di bawah timbunan papan tanda dan parah pada kepala serta badan. Dua lagi mangsa parah pula berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dipetik daripada Berita Harian hari ini.

Hafisham berkata, pasukan kemudian mengeluarkan semua mangsa tersepit menggunakan peralatan khas yang mengambil masa 30 minit.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis, manakala mangsa cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles