fbpx

Kalwant Singh gagal rayuan, digantung sampai mati esok

SINGAPURA – Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, dengan itu beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Too Xing Ji dari BMS Law LLC yang memberitahu Bernama mengenai keputusan mahkamah itu hari ini.

Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama, dan berdasarkan keputusan hari ini pelaksanaan hukuman akan dijalankan mengikut jadual, kata Xing Ji.

Kalwant yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang ditahan di Singapura pada 24 Oktober 2013 dan disabitkan kesalahan memiliki 60.15 gram diamorphine dan mengedar 120.9 gram dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

Walaupun perbicaraan dijalankan secara maya, Xing Ji yang mewakili Kalwant berkata mahkamah penuh sesak dan ahli keluarga Kalwant turut hadir.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, seorang lagi warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam turut menjalani hukuman mati kerana mengedar heroin. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles