fbpx

Sanggup tak beli rangka dinosaur Gorgosaurus AS$8 juta?

NEW YORK – Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong antara AS$5 juta (RM22.12 juta) dan AS$8 juta (RM35.39 juta), kata firma lelongan, Sotheby’s pada Selasa.

Firma lelong itu akan melakukan lelongan rangka setinggi tiga meter dan 6.70 meter itu di New York pada 28 Julai ini.

Gorgosaurus hidup di bumi kira-kira 77 juta tahun yang lalu dan haiwan dewasa itu biasanya mempunyai berat kira-kira dua tan.

Rangka haiwan itu ditemui di Montana, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2018 dan Sotheby menyifatkannya sebagai salah satu dinosaur paling berharga di pasaran.

Pakar paleontologi menyatakan bahawa ia lebih ganas dan lebih pantas daripada dinosaur T-Rex dengan gigitan lebih kuat.

Penjualan itu akan menandakan kali pertama Sotheby’s melelong rangka dinosaur penuh sejak ia menjual Sue T-Rex pada tahun 1997 dengan harga AS$8.36 juta (RM36.99 juta).

“Semua spesimen lain Gorgosaurus yang telah ditemui berada di muzium,” kata Cassandra Hatton iaitu Ketua Sains dan budaya Popular Sotheby kepada AFP.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles