fbpx

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse tengah hari tadi sebelum direman di mahkamah esok.

Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi di sebuah lokasi di ibu negara dan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

“Tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” dipetik daripada Berita Harian.

Difahamkan, penahanan ke atas lelaki itu dilakukan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Katanya, pemilik premis berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras, tetapi tiada lesen hiburan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles