fbpx

I-MILIKI kecualikan duti setem untuk pembeli rumah pertama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenal inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI) yang menawarkan pengecualian duti setem 100 bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah untuk pembeli rumah pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata i-MILIKI membabitkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama, secara peringkat atau tier harga rumah.

“Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus.

“Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

“Pengecualian ini bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022 di sini, hari ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles