fbpx

Kanak-kanak mati dijerut, dipercayai dibunuh ibunya

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ditemui meninggal dunia dengan kesan jerut di lehar di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng semalam, dipercayai dibunuh oleh ibunya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian jam 4.55 petang itu, mangsa didapati turut mempunyai luka di dahi.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan lain pada badan mangsa. Keterangan saksi sudah diambil untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian,” katanya hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kamarul Zaman berkata, seorang wanita berumur 34 tahun iaitu ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan kita mendapat perintah reman tujuh hari sehingga 21 Julai ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles