fbpx

Air Selangor caj tarif baharu untuk pengguna bukan domestik

SHAH ALAM – Tarif bekalan air di Selangor akan dinaikkan pada kadar purata 20 sen setiap meter padu membabitkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim, berkata kenaikan yang dibuat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu dianggap masih rendah dan tidak membabitkan pengguna domestik.

“Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28.

“Untuk rumah ibadat, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4.23, kini dilaraskan RM7,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata, pelarasan tarif baharu bekalan air itu diharapkan dapat membantu Air Selangor khususnya dari segi perbelanjaan modal (CAPEX) yang tinggi dalam memastikan kesinambungan dan kelangsungan operasi syarikat air itu.

Izham berkata, pelarasan tarif bekalan air itu juga membantu Air Selangor dalam perancangan kerajaan negeri membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu dan penggantian paip air serta peralatan yang sudah usang.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles