fbpx

NS bangunkan aplikasi untuk aktiviti hutan, gunung

SEREMBAN – Permohonan permit aktiviti mendaki atau perkhemahan di Negeri Sembilan akan lebih mudah apabila aplikasi e-Permit diperkenalkan hujung tahun ini.

Aplikasi menerusi telefon pintar bagi permohonan permit itu untuk menjalankan aktiviti di taman eko rimba, Hutan Taman Negeri dan gunung.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin, berkata aplikasi e-Permit sangat efektif dalam memantau pergerakan keluar masuk orang awam.

“e-Permit satu sistem yang kami bangunkan bagi memudahkan pengunjung untuk membuat aktiviti mendaki, berkhemah dan sebagainya. Orang ramai boleh memohon melalui aplikasi yang kami sediakan.

“Kelulusan akan diberikan serta-merta dan apabila tiba di kawasan pintu masuk, pengunjung boleh membuat imbasan pada mesin yang kami sediakan dan mereka akan diberikan gegelang tangan atau ‘wristband’,” dipetik daripada Berita Harian.

Sebelum ini pihaknya menyediakan kemudahan permohonan kebenaran masuk ke destinasi ekopelancongan secara dalam talian dan pengunjung perlu ke pejabat untuk mendapatkan gegelang berkenaan.

“Aplikasi ini akan menjimatkan masa kerana mereka hanya perlu ke pintu masuk kawasan yang mahu dimasuki dan mengimbas permit yang sudah diluluskan. Ada ketika mereka datang awal pagi sedangkan pejabat hanya dibuka pada jam 6 atau 7 pagi,” katanya.

Saleh berkata, untuk permulaan, ia akan dilaksanakan di Gua Batu Maloi, PD Forest Sungai Menyala, Gunung Angsi, Gunung Datuk dan Taman Negeri Kenaboi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles