fbpx

Budak tingkatan 3 belasah guru disiplin guna penyapu

HULU SELANGOR – Seorang pelajar Tingkatan Tiga bukan sahaja berani memukul guru disiplin di sekolahnya dengan penyapu malah mengugut mahu membunuhnya ekoran berang rambut panjangnya dipotong guru berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu di sebuah sekolah menengah dekat Bukit Sentosa di sini, semalam, mangsa adalah guru disiplin wanita berusia 52 tahun.

Seorang guru wanita cedera di mata kiri akibat dipukul seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam. – Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun berambut panjang.

“Guru berkenaan bertindak memotong rambut pelajar berkenaan, namun dia marah dan mengugut mahu membunuh mangsa selain memukul guru itu menggunakan batang penyapu.

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar itu.

“Hasil ujian air kencing terhadap pelajar terbabit adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, pelajar itu ditahan reman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK).

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles