fbpx

Rantai cucu di tiang bagi elak keluar bermain

BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di wilayah Buriram, timur laut Thailand dirantai pada sebatang tiang oleh datuk dan neneknya bagi mengelakkannya keluar bermain, lapor laman Thaiger baru-baru ini.

Kanak-kanak itu turut diugut diletakkan semut merah di badannya jika masih berdegil dan keluar bermain di luar rumah.

Kisah kanak-kanak itu tular selepas seorang lelaki tempatan menyiarkan video mangsa diikat dengan rantai di media sosial dikhuatiri berlaku penderaan.

Pegawai perkhidmatan sosial Buriram dan pegawai Balai Polis Lam Plai Mat ke lokasi kejadian selepas menonton video tersebut yang terletak di daerah Lam Plai Mat.

Semasa pihak berkuasa tiba, kanak-kanak itu ditemui dirantai pada sebatang  tiang di rumah berkenaan selain ditinggalkan bersendirian.

Mangsa yang dikenali sebagai A,  memberitahu bahawa datuk dan nenek merantainya supaya dia tidak keluar bermain.

“A memberitahu ada masanya dia keluar bermain di luar kerana kesunyian tetapi sering dilarang oleh datuk dan neneknya.

“Mereka akan memukul A dengan kayu selepas kanak-kanak itu pulang dari bermain di luar,” kata polis.

Mereka  mengaku merantai A pada  tiang untuk menghalangnya keluar dari rumah.

Pasangan itu memberitahu polis bahawa A seorang budak degil dan suka melarikan diri apabila mereka keluar bekerja dan pulang lewat senja,  malah pernah menjadi mangsa rogol. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles