fbpx

Akim, Stacy timang anak lelaki

KUALA LUMPUR – Penyanyi Stacy selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 31, bersalin pada jam 10.19 pagi tadi ditemani suami, Akim Ahmad.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu.

“Tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya detik itu… Sangat luar biasa,” katanya yang memilih nama anaknya, Isa.

Gambar Isa yang dikongsi Akim di IG hari ini. – Foto IG Akim

Berita mengenai kelahiran anaknya itu turut dikongsi vokalis kumpulan Akim & The Majistret ini melalui entri Instagram (IG).

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah. Pada jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku sayang, Stacy selamat melahirkan anak lelaki kami.

“Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku… Allahu Akbar,” tulisnya.

Perkongsian itu disertakan paparan foto bayi yang hanya separuh wajah didedahkan.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya perempuan, Eshaal Afiq Akim yang berusia lima tahun.

Mereka mempunyai anak angkat, Bella De Luna Valentina berusia 10 tahun.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles