fbpx

Warga Britain kena mandi dalam seminit untuk jimat air

LONDON – Mandi hanya dalam satu minit. Itulah saranan salah sebuah syarikat yang menguruskan bekalan air kepada penduduk di Britain sebagai langkah untuk menjimatkan penggunaan air, lapor laman berita RT semalam.

Akhbar The Sunday Times melaporkan, wakil-wakil industri berkata, walaupun langkah itu tidak popular, namun ia perlu dilakukan.

Penduduk Britain berdepan dua pilihan mudah iaitu sama ada membelanjakan £1 bilion (RM5.3 bilion) untuk infrastruktur air yang baharu atau menghabiskan masa kurang satu minit untuk mandi.

Idea itu diutarakan ketika cuaca panas terik luar biasa melanda Britain sejak beberapa minggu lalu.

Pakar-pakar berkata, sekiranya cuaca masih tidak berubah, Britain mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan, termasuk sekatan dan catuan air.

Negara Eropah itu merekodkan bulan Julai paling panas yang menyaksikan penggunaan air meningkat mendadak.

Situasi itu mendorong beberapa daerah di selatan England melaksanakan larangan penggunaan paip getah dan pemercik air pada minggu ini. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles