fbpx

Wang KWSP RM10,000 dalam akaun bank lesap

PETALING JAYA – Seorang lelaki berputih mata apabila wang yang dikeluarkan dari kemudahan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 lesap dari akaun banknya, April lalu.

Lelaki berkenaan, Cheong Choon Yip, 33, berkata, wangnya itu hilang dalam tempoh sehari sebaik sahaja ia dikreditkan ke dalam akaun banknya pada 21 April tahun lalu.

“Apabila saya menghubungi bank, pihak bank mengesahkan terdapat pengeluaran dan pembelian berlaku menggunakan wang di dalam akaun milik saya,” katanya pada sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sehingga kini hairan bagaimana pihak bank boleh membenarkan transaksi itu berlaku.

“Saya tidak mengenali individu yang mengeluarkan wang saya itu, ketika bertanya pihak bank dia memaklumkan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Chean Chung berkata, pihaknya memandang serius kelemahan yang wujud pada keselamatan sistem perbankan.

Katanya, institusi kewangan badan berkanun kerajaan memainkan peranan sosial yang penting dalam kehidupan berbanding bank swasta.

“Institusi kewangan kerajaan atau berkaitan kerajaan memikul amanah yang lebih tinggi dalam menjaga dan mempertahankan harta serta simpanan rakyat.

“Persoalannya mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak bank untuk membuat pengesahan pengeluaran wang berkenaan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles