Najib jalani hukuman di Penjara Kajang mulai hari ini

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman dikenakan tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat.

Dengan keputusan di akhir prosiding itu, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Susulan itu, Najib meminta maaf kepada penyokongnya.

“Saya minta maaf, saya telah berusaha sedaya upaya,” kata Najib di hadapan penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Dalam pada itu, peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedih selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya itu.

Hisyam ketika ditemui pemberita berkata, pasukan pembelaan sedih selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir yang menyaksikan bekas perdana menteri itu dihantar ke penjara.

Apabila ditanya sama ada Najib akan membuat semakan berhubung keputusan itu, peguam tersebut berkata, beliau akan berbincang dengan pasukannya dan tidak menolak kemungkinan itu.

“Allah sahaja yang boleh memberikan keadilan yang sempurna,” kata Hisyam, merujuk keputusan duluan tersebut.

Sementara itu, kenderaan yang membawa Najib keluar dari pekarangan Istana Kehakiman kira-kira 5.44 petang yang diiringi pasukan polis turut disertai kenderaan membawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya.

Kenderaan itu tiba di Penjara Kajang jam 6.05 petang tadi.

Beliau dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi kenderaan polis.

Terdahulu, pihak media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, pada jam 5.15 petang, maklumat menyatakan Najib akan dibawa ke Penjara Kajang.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles