fbpx

Pekerja Indonesia kirim wang dekat kampung cecah RM44 bilion setahun

JAKARTA – Purata kiriman wang pekerja Indonesia dari 2015 hingga 2019 mencecah AS$9.8 bilion (RM44 bilion) setiap tahun, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto.

Kiriman wang ini memberi faedah kewangan kepada keluarga mereka di tanah air dan menjadi pemangkin dalam meningkatkan nilai pertukaran asing negara.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, secara konsisten menikmati kiriman wang daripada rakyat yang bekerja di luar negara, dan golongan ini digelar sebagai ‘Wira Kiriman Wang’.

Airlangga dalam satu kenyataan berkata, pekerja asing menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara kerana turut menyumbang kepada pendapatan negara dan produktiviti ekonomi.

Beliau berkata, negara itu menerima kiriman wang berjumlah AS$22 juta (RM98.6 juta) daripada rakyatnya di Korea Selatan pada suku kedua 2022.

Pada 22 Ogos, Indonesia menghantar kira-kira 551 pekerja asing ke Korea Selatan di bawah skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan untuk sektor pembuatan dan perikanan.

Kerajaan Indonesia terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan serta perlindungan rakyatnya seperti skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan dan membasmi sindiket penempatan pekerja haram.

Di bawah skim itu, kos seperti yuran penempatan, bayaran tiket pergi balik, visa kerja, latihan kerja, sijil, penggantian pasport, pemeriksaan kesihatan, pengangkutan dan penginapan turut dikecualikan.

Kerajaan turut memperuntukkan pinjaman sehingga 100 juta rupiah (RM30,170) menerusi ‘Kredit Usaha Rakyat’ untuk membiayai modal mereka yang bekerja di luar negara. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles