fbpx

Aubameyang dipukul perompak bersenjata api

PENYERANG Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang dirompak dan dipukul empat lelaki bersenjata selepas memecah masuk rumah pemain itu di Castelldefels, Barcelona.

Sumber polis memaklumkan El Pais, Aubameyang diugut dengan senjata api dan batang besi selain turut dipukul.

Perompak itu turut mengugut isteri pemain terbabit, Alysha Behague dengan senjata dan memaksa mereka membuka pintu besi.

Beberapa barang kemas dirompak dari kediaman bekas pemain Arsenal itu sebelum kesemua suspek melarikan diri menaiki Audi A3 berwarna putih.

Polis Catalunya sedang memburu suspek yang terbabit dengan rompakan itu.

Perpindahan Aubameyang dari Barcelona ke Chelsea hangat diperkatakan ketika ini dan kejadian tersebut mungkin memudahkan proses berkenaan. – AGENSI

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles