fbpx

UM buat laporan polis, pelajar dakwa penyelia curi hasil penyelidikan

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis mengenai seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Pejabat Komunikasi Korporat UM memaklumkan, laporan polis dibuat di Brickfields susulan video isu berkenaan tular di media sosial dan bertujuan menafikan dakwaan pelajar dari Yaman berusia 34 tahun itu.

“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

“Bagaimanapun (dalam isu ini) universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, calon PhD terbabit, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Berikutan itu, pihak universiti katanya, turut mengkaji tindakan perundangan bersesuaian terhadap pelajar antarabangsa itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu.

“Ada (terima laporan), tetapi kes dirujuk ke Cheras,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles