BAITULMAQDIS – Tentera Israel buat pertama kali hari ini mengakui kali kemungkinan wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati oleh seorang askar Israel.
“Ada kemungkinan besar Shireen Abu Akleh terkena tembakan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang dilepaskan ke arah suspek yang dikenal pasti sebagai lelaki bersenjata Palestin,” kata laporan akhir tentera berhubung kematian mangsa pada 11 Mei lalu.
Pengakuan itu dibuat selepas beberapa bulan pihak tentera Isreal menegaskan adalah mustahil untuk menentukan punca tembakan maut yang membunuh wartawan Al Jazeera terkenal di Tebing Barat.
“Kesimpulan kami ialah tidak mungkin untuk menentukan dengan jelas tembakan mana yang membunuhnya, tetapi ada kemungkinan lebih tinggi bahawa dia terkena tembakan salah seorang askar IDF yang tidak mengenal pasti dia sebagai wartawan,” kata seorang pegawai kanan tentera Israel.
Abu Akleh, 51, wartawan Al Jazeera kelahiran Baitulmaqdis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.
Tragedi itu menerima kecaman hebat antarabangsa. – AFP