fbpx

Imam didakwa 12 tuduhan rogol, liwat, amang seksual terhadap adik ipar

MELAKA – Seorang imam dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas 12 pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya sejak mangsa berusia 9 tahun di antara September 2017 hingga Jun tahun ini.

Tertuduh yang merupakan penjawat awam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan didakwa dilakukan di rumah berasingan di Jalan Simpang Badak dan Taman Seri Kerayong, Jasin, dekat sini.

Terdahulu, prosiding kes itu dijalankan berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3 di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada awal dan pertengahan September 2017, awal Mac 2019 dan pada 20 Julai 2019, antara jam 3 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen 3, tertuduh yang berusia 40 tahun didakwa masing-masing atas tiga pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal serta tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada awal Mac dan September 2019, 12 Julai 2021 serta pada 29 Januari, 28 Mei dan 13 Jun 2022 pada masa berbeza antara jam 9 pagi hingga 4 pagi.

Pertuduhan rogol dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika disabitkan.

Bagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Kesalahan amang seksual pula dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) dan Seksyen 27 (1) akta sama, jika disabitkan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan terhadap tertuduh namun mencadangkan jaminan RM120,000 bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh menganggu mangsa dan keluarganya sepanjang kes berlangsung.

Tertuduh diwakili peguam, Andrew Lourdes merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung empat anak berusia antara tiga hingga 16 tahun yang masih bersekolah selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam manakala isteri seorang suri rumah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles