fbpx

Helikopter, juruterbang hilang di sekitar hutan di Bidor

IPOH – Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kejadian itu dimaklumkan dan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kepadanya.

“Sebuah helikopter syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang dalam pesawat itu.

“Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari tadi.

“Lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTMB Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, CAAM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdasarkan prosedur ditetapkan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles