fbpx

Jasad Ratu Elizabeth II ditempatkan di Istana Holyroodhouse

LONDON: Jasad Ratu Elizabeth II kini ditempatkan di Istana Holyroodhouse di Edinburgh, selama sehari sebelum diterbangkan ke London esok.

Sebelum itu konvoi yang membawa jasad bagindas melalui perjalanan enam jam dari Istana Balmoral kediaman peribadi tempat baginda menghembuskan nafas terakhir.

Jasad baginda akan ditempatkan di Istana Holyroodhouse sebelum dipindahkan ke Katedral St Giles petang ini.

Suasana sayu mengiringi konvoi kenderaan jenazah, dengan ribuan rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan-jalan utama, bagi memberikan penghormatan terakhir.

Keranda baginda jelas kelihatan menerusi tingkap kenderaan.

Kelihatan kalungan bunga yang diperbuat daripada beberapa bunga kegemaran ratu, menghiasi keranda yang dibaluti bendera peribadi baginda.

Konvoi kenderaan itu disertai Puteri Anne dan, suaminya, Naib Laksamana Sir Tim Laurence.

Raja Charles III dijadualkan akan terbang ke Edinburgh untuk menyertai adik-beradiknya hari ini. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles