fbpx

Carlos Alcaraz juarai Grand Slam AS, termuda carta teratas ranking dunia

PEMAIN Sepanyol, Carlos Alcaraz bergelar pemain termuda menduduki carta teratas ranking dunia selepas meraih gelaran sulung Grand Slam pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pemain berusia 19 tahun itu mengatasi pemain Norway, Casper Ruud di final 6-4, 2-6, 7-6 (7/1), 6-3 .

Alcaraz, pemain remaja pertama yang menduduki carta teratas dunia, ialah juara lelaki termuda Grand Slam sejak Rafael Nadal pada Terbuka Perancis 2005.

Pada hari dia mencatat sejarah itu, dia juga bergelar pemain termuda muncul juara di New York sejak Pete Sampras pada 1990.

“Ini ialah sesuatu yang saya impikan sejak kecil – untuk menjadi pemain nombor satu dunia, menjadi juara Grand Slam,” kata Alcaraz.

“Inilah hasil daripada kerja keras saya. Sukar untuk bercakap ketika ini, terlalu banyak emosi.

“Ini ialah sesuatu yang saya cuba capai, semua kerja keras yang saya lakukan dengan pasukan dan keluarga.

“Saya baharu berusia 19 tahun dan semua keputusan besar dibuat oleh ibu bapa dan pasukan saya. Ini sesuatu yang amat istimewa buat saya.”

Ia kejohanan yang amat sukar buat Alcaraz yang juga memegang rekod masa terpanjang berada di gelanggang pada satu acara Grand Slam.

Dia melepasi catatan 23 jam 21 minit dibuat Kevin Anderson yang bergelar naib juara di Wimbledon pada 2018.

Sebahagian besar daripada 23 jam 40 minit rekod dibuatnya, 13 jam dihabiskan bermain dalam tiga aksi membabitkan lima set sebelum mara ke final. – AFP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles