fbpx

Lelaki 50 tahun kahwini remaja 14 tahun tular

JAKARTA – Majlis perkahwinan antara seorang lelaki berusia 50 tahun dengan remaja perempuan berumur 14 tahun di Lombok tular di media sosial, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu memaparkan pasangan pengantin tersebut memakai busana mengikut adat suku Sasak.

Menurut individu yang merakam video tersebut, Sri Utari Dewi, walaupun perkahwinan berbeza usia adalah sesuatu yang sering berlaku di Lombok, namun jarak usia yang terlalu jauh agak mengejutkan.

“Orang di Lombok sudah biasa kahwin awal, namun pengantin perempuan berkahwin dengan lelaki jauh lebih tua adalah sesuatu yang agak mengejutkan,” katanya.

Netizen turut memberikan pelbagai komen termasuklah yang rasa ‘tercabar’ dengan kemampuan pengantin lelaki berkahwin dengan remaja.

“Mungkin jodoh saya belum lahir,” komen seorang warganet. – Agensi 

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles