fbpx

Mas Idayu kahwin lagi

PENYANYI Mas Idayu, 50, sah disatukan dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, dengan sekali lafaz di ibu negara pada jam 10.40 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi lagu Robek Hatiku itu memilih Hari Malaysia untuk memateri ikatan cinta mereka.

Majlis dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,001 dan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Mas Idayu atau nama sebenar, Masidayu Mesnun bersyukur bersyukur kerana majlis berjalan lancar.

“Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini.

“Sekarang, saya dah ada teman untuk mengadu serta luahkan apa sahaja yang saya rasa, baik hal peribadi, mahupun kerja. Ada orang untuk saya berkongsi cerita,” katanya.

Teruja akhirnya kembali memegang status isteri, Mas Idayu mengaku tidak menyangka perkahwinan kali kedua mendapat perhatian ramai sehingga banyak pihak sudi memberi tajaan.

Acara pernikahan Mas Idayu dan Muhammad Sufian dikatakan bakal mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai ‘wedding of the year’.

Mas Idayu dan Muhammad Sufian berkenalan sejak terbabit dalam program Mentor 3 pada 2008.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aman Graseka pada 1997, namun, bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles